fbpx

Patuh SOP sempena cuti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Noor Hisham

Oleh SITI A’ISYAH SUKAIMI

PUTRAJAYA – Rakyat Malaysia diminta tetap patuh kepada prosedur operasi standard (SOP) berikutan cuti umum sempena Awal Muharam serta cuti sekolah pertengahan penggal kedua yang bermula esok.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, ramai yang mungkin merancang untuk pulang ke kampung serta mengambil kesempatan menziarahi saudara-mara dan rakan sempena cuti tersebut.

“Ini termasuk aktiviti merentas negeri serta rancangan untuk mengadakan aktiviti riadah bersama keluarga.

“Justeru, Kementerian Kesihatan menggesa orang ramai supaya tetap patuh kepada SOP dan kebiasaan baharu dalam segala aktiviti yang bakal dilakukan.

“Elakkan daripada mengadakan sebarang perhimpunan besar-besaran,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Esok, umat Islam bakal meraikan Awal Muharam atau dikenali sebagai Maal Hijrah.

Selain itu, cuti sekolah pertengahan penggal kedua juga akan bermula esok sehingga 24 Ogos. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI