fbpx

Misha hasilkan lagu sendiri Tanpa Rela

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Misha

UALA LUMPUR – Setelah hampir dua tahun membiarkan peminat terbuai dengan lagu Sampai Bila, penyanyi terkenal Misha Omar akhirnya akan mengubat rindu mereka dengan single terbaharunya berjudul Tanpa Rela.

Tidak hanya lagu baharu, Tanpa Rela juga menyaksikan anak kelahiran Kelantan itu memberanikan diri bertindak sebagai komposer serta penulis lirik bersama buat pertama kali sejak 18 tahun bergelar pe­nyanyi.

“Selepas 18 tahun dalam industri muzik, saya terfikir me­ngapa tidak saya memulakan satu langkah ke hadapan de­ngan menghasilkan melodi.

“Biarpun proses penghasilan Tanpa Rela menuntut perjalanan yang panjang, saya bertuah kerana niat itu dipermudahkan apabila bertemu pengarah muzik, Lee Sze Wan ketika menjayakan

Konsert Soul Sisters di Istana Budaya, April tahun lalu,” kata pemilik nama Samihah @ Aisah Omar itu kepada Kosmo! semalam.

Menyedari kejayaan lagu Sampai Bila yang menjulang namanya sebagai penerima trofi Vokal Terbaik Anugerah Juara Lagu ke-33, Misha yang memasuki proses rakaman lagu baharu tersebut

pada Julai lalu turut mengikut kelas vokal secara lebih intensif bersama pensyarah vokal berkaliber, Datuk Syafinaz Selamat.

“Tanpa Rela memberikan banyak pengalaman manis untuk saya kenang.

“Tidak hanya menjadi lagu pertama yang saya hasilkan, saya juga teruja kerana kali pertama dapat bekerjasama dengan Datuk Syafinaz di studio rakaman sebagai penasihat dan pengarah vokal,” ujarnya.

Misha mengakui dia berasa selamat kerana di sisinya ada banyak ‘tangan’ termasuk penulis lirik berpengalaman, Slen yang sentiasa bersedia memberikan magis kepada mereka untuk melihat

Tanpa Rela mencatat kejayaan membanggakan.

Lagu Tanpa Rela dijang­ka menemui peminat pada pertengahan September ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI