fbpx

Kejuaraan AFC B-19 bakal ditunda ke tahun depan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SKUAD B19 kebangsaan menjalani latihan dalam persediaan menghadapi Kejuaraan AFC B-19 yang dijadualkan berlangsung di Uzbekistan. - FB FAM

PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) menjangkakan Kejuaraan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) bawah 19 tahun (B-19) 2020 yang sepatutnya berlangsung pada Oktober ini di Tashkent, Uzbekistan bakal ditunda ke tahun depan.

Setiausaha Agung FAM, Stuart Ramalingam yang juga salah seorang Ahli Jawatankuasa Pertandingan AFC mengesahkan perkara tersebut selepas mengikuti mesyuarat secara online kelmarin.

“Kami jangka kejohanan AFC B-19 yang sepatutnya berlangsung pada Oktober ini ditunda kerana kerisauan yang diluahkan oleh persatuan bola sepak serantau dengan keadaan semasa (wabak pandemik Covid-19).

“Bagaimanapun, keputusan rasmi akan dilakukan oleh AFC dalam masa terdekat kerana difahamkan mereka akan berbincang terlebih dahulu dengan Jawatankuasa Perubatan.

“FAM masih menantikan keputusan daripada AFC sebelum membuat apa-apa keputusan tentang kem latihan pusat skuad B-19 kebangsaan yang berlangsung ketika ini,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Status Kejuaraan AFC B-19 menjadi tanda tanya selepas badan induk bola sepak Asia itu sebelum ini mengesahkan penundaan aksi baki saingan kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 ke tahun depan.

Skuad B-19 kendalian Brad Maloney masih dalam proses penilaian pemain sebagai persediaan bagi menghadapi kejohanan yang akan berlangsung dari 14 hingga 31 Oktober 2020.

Pada pusingan akhir di Uzbekistan nanti, Malaysia akan membuka tirai saingan Kumpulan D bertemu Tajikistan pada Jumaat, 16 Oktober 2020 diikuti Qatar(19 Oktober) dan seterusnya Yemen (22 Oktober).

Ketiga-tiga perlawanan dijadual berlangsung di Stadium AGMK, Olmalik. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI