fbpx

Kampung di Jawa wujud larangan merokok sejak 500 tahun lalu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PAPAN tanda larangan merokok di sebuah perkampungan di Kabupaten Tasikmalaya yang dilaksanakan sejak 500 tahun lalu. – Ayotasik.com/Irpan Wahab Muslim

JAKARTA – Larangan merokok di sebuah kampung di Pamijahan dekat daerah Bantarkalong, Kabupaten Tasikmalaya, Jawa Barat, Indonesia dikatakan telah wujud sejak 500 tahun lalu, lapor berita sua­ra.com.

Seorang penduduk tempatan, Endang Azidin berkata, larangan merokok itu diamalkan di kampung tersebut sejak ratusan tahun dahulu dan dimulakan oleh seorang guru agama bernama Syaikh H. Abdul Muhyi.

“Sesiapa pun sama ada penduduk tempatan atau orang luar yang datang ke sini tidak dibenarkan merokok.

“Walaupun terdapat sebuah papan tanda ditulis secara tidak rasmi, tetapi penduduk di sini sudah menganggap larangan tersebut sebagai hukum adat yang mes­ti dipatuhi,” kata Endang.

Katanya lagi, Syaikh H. Abdul Muhyi melarang sesiapa pun yang hendak menimba ilmu atau menziarahinya daripada mero­kok kerana dia sendiri tidak sukakan rokok.

Kerana menghormati pendirian guru agama tersebut, lara­ngan merokok masih di­amalkan oleh penduduk setempat yang men­jadikannya hukum adat di perkampungan itu. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI