fbpx

Jabatan Penerangan Kuala Muda edar 1,000 Jalur Gemilang kepada penduduk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JAMIL (kiri) bergambar kenangan bersama penduduk tempatan selepas menyerah Jalur Gemilang di Bukit Selambau, Sungai Petani baru-baru ini.

PRIHATIN. Jabatan Penerangan Kuala Muda, Kedah menyediakan kira-kira 1,000 Jalur Gemilang untuk diedarkan kepada penduduk setempat sempena sambutan Hari Kemerdekaan ke-63 tahun ini.

Pegawai Penerangan Kuala Muda, Jamil Zainul berkata, Jalur Gemilang diberi bagi memboleh­kan penduduk tempatan sama-sama mengibarkannya.

Katanya, sebanyak 20 lokasi dikenal pasti untuk edaran Jalur Gemilang termasuk di Kampung Bukit Selambau, Sungai Petani yang menerima kira-kira 50 bendera.

“Selain program mengedar Jalur Gemilang, pelbagai acara turut dirancang termasuk kempen penerangan mengenai bahaya Covid-19 yang akan berlangsung di Flat Paya Nahu, Taman Ria Jaya Sungai pada 29 Ogos ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI