fbpx

Inter puas berjaya aibkan Shakhtar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
INTER tidak berdepan masalah mara ke pentas final apabila mudah menjinakkan Shakhtar 5-0 awal pagi semalam.

DUSSELDORF – Jurulatih Inter Milan, Antonio Conte percaya pasukannya telah membuatkan Shakhtar Donetsk kelihatan lemah selepas membelasah pa­sukan itu 5-0 pada aksi separuh akhir Liga Europa di Esprit Arena awal pagi semalam.

Keputusan itu merupakan kemenangan terbesar dicatatkan Inter sejak kali terakhir melakukannya ketika menewaskan Real Madrid dengan keputusan sama pada Piala Eropah 1988/89.

“Shakhtar memiliki ramai pemain berbakat, tetapi kami berjaya halang mereka daripada menunjukkan prestasi sebenar. Kami buatkan mereka kelihatan seperti sebuah pasukan lemah.

“Mereka ada kualiti dari segi hantaran dan kepantasan, namun kami berjaya memaksa mereka bermain secara bertahan. Saya tahu mereka tidak gemar memegang bola terlalu lama,” kata Conte.

Bekas pengurus Chelsea itu juga mengakui, kemenangan tersebut adalah satu keputusan yang sangat memuaskan selain berwaspada dengan kemampuan Sevilla pada perlawanan akhir nanti.

“Kami bermain dengan penuh semangat serta mengikut perancangan yang ditetapkan. Bagaimanapun, saya tahu Sevilla sebuah pasukan berpengalaman, tetapi kami ada kemahuan tinggi untuk menang,” ujarnya.

Pada aksi separuh akhir semalam, Romelu Lukaku dan Lautaro Martinez masing-ma­sing meledak dua gol, sementara satu gol lagi dijaringkan Danilo D’Ambrosio untuk memastikan Inter menang selesa. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI