Oleh MOHAMAD NAUFAL MOHAMAD IDRIS
SHAH ALAM – Empat buah kenderaan terbakar dalam kejadian di sebuah kawasan perumahan di Seksyen 20 di sini hari ini.
Menurut Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Shah Alam, Mohd. Faizal Md. Zin, pihaknya menerima panggilan mengenai kebakaran tersebut kira-kira pukul 12.18 tengah hari.
“Setibanya di lokasi kejadian kira-kira tujuh minit kemudian, didapati api sedang marak membakar kesemua kenderaan tersebut yang diparkir berdekatan antara satu sama lain.
“Dua buah kenderaan termasuk van jenama Lite Ace dan Hyundai Sonata hangus sepenuhnya manakala dua buah lagi kereta hanya terbakar 10 peratus sahaja,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.
Mohd. Faizal bagaimanapun menegaskan kebakaran tersebut tidak melibatkan sebarang mangsa.
Jelas beliau, siasatan lanjut sedang dijalankan termasuk sebarang unsur khianat dalam kes tersebut. – K! ONLINE