fbpx

Covid-19 : UTHM lancarkan kempen Norma Baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dr. Wahid (kiri) menyaksikan Dr. Mohd. Sofi (tengah) menurun tanda tangan sebagai simbolik Pelancaran Kempen Pembudayaan Norma Baharu di Dewan Sultan Ibrahim, UTHM, Batu Pahat baru-baru ini.

Oleh MOHAMAD FAHD RAHMAT

BATU PAHAT – Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) melancarkan kempen kesedaran ‘Norma Baharu’ bagi mengekang penularan wabak pandemik virus Covid-19.

Naib Canselor, Profesor Datuk Dr. Wahid Razzaly berkata, wabak itu sebelum ini menyebabkan kampus Pagoh di Muar terpaksa ditutup hingga 3,000 pelajar dan kakitangan diarahkan menjalani kuliah serta kelas secara dalam talian.

Beliau berharap usaha memerangi wabak itu berjaya seterusnya penawarnya dapat ditemui dengan segera.

“Norma Baharu bukan sahaja sekadar penjarakan fizikal dan menjaga kebersihan diri, tetapi ia merupakan satu ikhtiar yang berpanjangan untuk memerangi ancaman virus ini tanpa menjejaskan tanggungjawab dan amanah masing-masing sebagai pelajar mahupun warga kerja.

“Warga UTHM diingatkan supaya sentiasa mengikut tatacara pengendalian piawai  yang ditetapkan oleh pihak kerajaan agar wabak ini tidak kembali menular dalam kalangan warga universiti seperti yang terjadi sebelum ini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Refleksi Pencapaian Setengah Tahun 2020 yang diadakan di Dewan Sultan Ibrahim, kampus induk, di sini.

Hadir sama, Pengerusi Lembaga Pengarah UTHM, Dato’ Dr. Mohd. Sofi Haji Osman yang melancarkan dua buku terbitan UTHM mengenai Covid-19.

Buku bertajuk Pengurusan Covid-19 UTHM merekodkan segala tindakan dan aktiviti yang telah dilaksanakan oleh staf serta pelajar UTHM sewaktu pandemik itu mula melanda negara.

Manakala buku ‘Covid-19: Kehidupan dan Cabaran’ pula menghimpunkan pelbagai pengalaman penulis yang sarat dengan elemen keinsafan, yang mengajak pembacanya untuk menghayati dan mensyukuri nikmat kehidupan.

Sementara itu, Wahid berkata, laporan pencapaian Petunjuk Prestasi Utama (KPI) 2020 sehingga 30 Jun lalu menunjukkan beberapa kluster perlu diberikan lebih perhatian bagi memastikan sasaran dapat dicapai pada tahun ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI