fbpx

Celtic berpesta gol belasah Reykjavik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ELYOUNOUSSI berjaya menjaringkan dua gol buat Celtic dalam kemenangan 6-0 ke atas Reykjavik pada aksi kelayakan pertama Liga Juara-Juara awal pagi semalam. - AGENSI

GLASGOW – Ketua jurulatih Celtic, Neil Lennon memuji impak pemain sayap, Mohammed Elyounoussi selepas membantu pasukan itu memulakan kempen kelayakan pertama Liga Juara-Juara Eropah dengan kemenangan bergaya 6-0 ke atas KR Reykjavik awal pagi semalam.

Elyounoussi telah meledak dua gol buat juara Liga Scotland itu untuk melangkah ke pusingan kelayakan kedua selain satu gol sumbangan Christopher Jullien, Greg Taylor, Odsonne Edouard dan jaringan sendiri pemain Reykjavik.

Lennon mengakui, Elyounoussi layak menerima anugerah pemain terbaik perlawanan setelah mempamerkan aksi cemerlang dan konsisten di bahagian sayap sepanjang aksi di Celtic Park itu.

“Saya memuji impak yang dilakukan oleh Elyounoussi dalam memastikan jentera serangan pasukan menjadi dalam aksi ini. Semua pemain di padang turut bekerja keras bagi memastikan pasukan tidak dibolosi.

“Secara peribadi, Elyounoussi telah beraksi dengan cemerlang buat kami sejak tahun lalu dan saya harap momentum tersebut dapat diteruskan musim ini.

“Kami mempunyai misi besar untuk melayakkan diri ke peringkat kumpulan Liga Juara-Juara dan saya percaya harapan tersebut dapat direalisasikan. Keputusan diraih ini umpama langkah kanan buat kami,” katanya.

Masih ada aksi kelayakan kedua dan ketiga perlu diharungi Celtic dan sekiranya berjaya meraih kemenangan, mereka akan diundi dalam aksi play-off sebelum melangkah ke peringkat kumpulan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI