fbpx

Cake tuntut ganti rugi RM1.5 juta terhadap pemilik Restoran Salleh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Setiausaha Cake, Mohamad Yusrizal Yusoff (tengah) menunjukkan writ saman yang difailkan ke atas pemilik Restoran Salleh di Mahkamah Alor Setar hari ini.

ALOR SETAR – Persatuan Pengguna Kedah (Cake) memfailkan saman sivil ke atas pemilik Restoran Salleh di Mahkamah Tinggi di sini hari ini bagi menuntut ganti rugi lebih RM1.5 juta susulan penularan Covid-19 bagi Kluster Sivagangga di negeri ini sejak 28 Julai lalu.

Cake selaku plaintif mewakili hampir 200 penduduk dan peniaga di daerah Kubang Pasu termasuk Napoh dekat sini yang terjejas akibat penularan wabak bagi kluster tersebut.

Saman ke atas pemilik restoran nasi kandar itu, Nezar Mohamed Shabur Batcha, 57, yang dinamakan sebagai defendan difailkan oleh peguam, Mohammad Zunun Baihakky.

Dalam writ saman tersebut, Cake antara lain menuntut defendan membayar wang pampasan RM1.5 juta, ganti rugi am yang akan ditaksirkan oleh mahkamah kelak, ganti rugi khas teruk, ganti rugi teladan, ganti rugi meruncing dan ganti rugi nominal.

Cake juga menuntut satu injunksi interim terhadap Nezar bagi menghalang defendan keluar dari kawasan Napoh.

Setiausaha Cake, Mohamad Yusrizal Yusoff berkata, saman itu difailkan ke atas defendan yang menjadi pencetus kepada Kluster Sivagangga.

“Kita mewakili empat kategori penuntut iaitu pemilik perniagaan, pekerja premis perniagaan, pekerja gaji harian yang terjejas pendapatan serta penduduk sekitar Napoh dan Megat Dewa.

“Sementara itu, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) pula terdiri daripada Jawatankuasa Peniaga Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Napoh, Kelab Usahawan Belia Napoh, Persatuan Peniaga Kecil dan Penjaja Napoh serta dua persatuan penduduk di Napoh,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas memfailkan tuntutan saman itu di Pejabat Pendaftar Mahkamah Alor Setar di sini semalam.

Kata Mohamad Yusrizal, tuntutan penduduk tersebut termasuk tiga pesakit positif Covid-19 di daerah Kubang Pasu.- K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI