fbpx

10 premis dipotong bekalan elektrik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU), Asisten Komisioner Norzainy Mohd Noor (kanan) memantau kakitangan Tenaga Nasional Berhad (TNB) yang memotong bekalan elektrik premis dipercayai menjadi pusat perjudian di sekitar Mak Mandin dan Butterworth di Pulau Pinang./ FOTO - Amir Irsyad Omar.

Oleh SITI NUR MAS ERAH AMRAN

SEBERANG PERAI – Sepuluh premis dikenakan tindakan pemotongan bekalan elektrik selepas didapati menjalankan kegiatan judi online dan loteri awam haram dalam serbuan di beberapa lokasi sekitar Butterworth di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU) Asisten Komisioner Norzainy Mohd Noor berkata, premis terbabit diserbu pasukan Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) SPU dalam operasi bermula pukul 11 pagi.

“Operasi ini membabitkan premis-premis yang berselindung di sebalik kedai menjual telefon bimbit dan kedai dobi di kawasan Mak Mandin, Sungai Dua dan Kepala Batas.

“Tindakan diambil mengikut Seksyen 21A(1) Akta Rumah Judi Terbuka 1966 dan kita putuskan bekalan elektrik di semua premis terbabit supaya ia tidak kembali beroperasi.

“Dalam operasi sama, empat individu tempatan turut ditahan untuk membantu siasatan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata, orang ramai digesa untuk menyalurkan maklumat jika terdapat aktiviti perjudian seumpama itu sebagai usaha membanteras kegiatan terbabit. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI