fbpx

Warga asing mengaku tidak salah aniaya remaja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KAJANG – Tiga warga Pakistan dan seorang warga Bangladesh mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini sebentar tadi atas pertuduhan merogol dan mencabul seorang seorang remaja perempuan berusia 13 tahun dua tahun lalu.

Muhammad Haque Anwar Ul, 34; Yousaf Gul, 35; Astar Khan, 29, yang merupakan warga Pakistan dan Md Suhag Hosan, 33, warga Bangladesh membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan dalam bahasa Bangladesh dan Urdu di hadapan Hakim Mohd. Kafli Che Ali.

Mengikut pertuduhan, Yousaf,  Anwar Ul dan Mg Suhag didakwa telah merogol seorang kanak-kanak perempuan berumur 11 tahun (ketika kejadian) dengan atau tanpa kerelaan mangsa di sebuah kondominium di Jalan Hulu Langat Batu 9 Cheras, Hulu Langat pada November 2018.

Bagi pertuduhan itu mereka didakwa melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 375 (g) Kanun Keseksaan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 376 (2)(d) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 30 tahun dan juga boleh dikenakan sebat, jika sabit kesalahan.

Dalam pada itu, tertuduh Astar pula didakwa dengan sengaja telah menyentuh bahagian badan kanak-kanak itu di tempat sama pada November 2019.

Pertuduhan Astar dikemukakan mengikut Seksyen 14 (a) Akta Seksual Kanak-Kanak 2017 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh juga dikenakan sebat, jika sabit kesalahan.

Terdahulu Timbalan Pendakwa Raya Norhana Sahat tidak menawarkan jaminan memandangkan kesemua tertuduh warga asing.

Bagaimanapun Anwar Ul yang diwakili peguam, Dr. Pritam Singh Doal memohon mahkamah membenarkam anak guamnya diikat jamin dengan alasan mempunyai saudara yang berkahwin dengan rakyat tempatan.

Selepas mendengar permohonam itu Kafli membenarkan Anwar Ul diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin rakyat tempatan dengan syarat tambahan pasport diserahkan kepada mahkamah termasuk tertuduh dilarang menganggu mangsa sehingga selesai kes.

Tiga lagi tertuduh yang tidak diwakili peguam tidak dibenarkan diikat jamin.

Mahkamah kemudian menetapkan 5 Oktober depan untuk sebutan semula kes bagi keempat-empat lelaki itu.

Sebelum ini media melaporkan polis telah menahan empat lelaki warga asing membabitkan warga Pakistan dan Bangladesh berusia lingkungan 25 hingga 40 tahun bagi membantu siasatan berhubung mangsa yang didakwa telah dirogol keempat-empat suspek setelah mangsa dilacurkan oleh bapanya sendiri.

Hasil siasatan polis mendapati  bapa mangsa telah melakukan perbuatan melacurkan anaknya itu sejak tahun 2017 selain isterinya yang turut dilacurkan.

Perbuatan terkutuk itu terbongkar selepas ibu saudara mangsa membuat laporan polis yang mendakwa anak saudaranya dirogol serta dilacurkan oleh suspek sejak mangsa berusia 10 tahun. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI