fbpx

United perlu ramai pemain bintang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SOLSKJAER

COLOGNE – Pengurus Manchester United, Ole Gunnar Solskjaer mengakui kelab tersebut perlu membeli pemain baharu jika berhasrat untuk bersaing dengan Manchester City dan Liverpool dalam perebutan kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) musim depan.

Pengurus dari Norway itu tidak melakukan sebarang pertukaran sehingga minit ke-87 pada perlawanan yang menyaksikan United tewas 1-2 kepada Sevilla pada saingan separuh akhir Liga Europa awal pagi semalam di­sebabkan kekurangan dan tiada pilihan di bangku simpanan.

“Apabila berdepan perla­wanan seperti ini, amat sukar untuk mengeluarkan mana-mana pemain yang mampu menyum­bat gol terutama ketika kami mendapat ba­nyak peluang.

“Mason (Greenwood), Marcus (Rashford), Anthony (Martial), Bruno (Fernandes) merupakan pemain yang boleh menjaringkan gol dan kesemua mereka penting buat kami.

“Mereka mencipta banyak peluang menjaringkan gol tapi kami agak keletihan pada penghujung perlawanan, namun kami sudah bermain baik,” jelas Solskjaer.

Ketika ditanya apa yang harus dilakukan untuk merapatkan jurang pada saingan EPL, Solskjaer berpendapat bahawa The Red Devils perlu lebih ramai pemain supaya mereka mampu mencabar kejuaraan pada masa hadapan selain untuk memantapkan skuad menjelang aksi Liga Juara-Juara musim depan.

“Kami perlu terus meningkat, melakukan rutin latihan setiap hari. Para pemain sudah bekerja keras dan mempunyai sikap serta mentaliti yang betul.

“Kami perlu lebih ramai pemain yang berkualiti yang mampu mengubah keputusan perlawanan,” katanya.

Dalam pada itu, United memerlukan pemain di bahagian sayap kanan, pertahanan tengah, pemain tengah dan penyerang bagi memperkuatkan skuad menghadapi saingan musim depan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI