fbpx

Tinggal motosikal, dompet sebelum terjun jambatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Motosikal mangsa ditinggalkan di tepi Jambatan Pulau Pinang sebelum dipercayai terjun ke dalam laut. GAMBAR HIASAN

SEBERANG PERAI – Seorang lelaki dipercayai terjun dari Jambatan Pulau Pinang di kilometer 7.1 arah Perai di sini hari ini.

Mangsa dikenal pasti sebagai Si Eng Guan, 54, hilang selepas dikatakan bertindak terjun ke dalam laut kira-kira pukul 1 petang.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri berkata, mangsa telah meninggalkan dompet dan sebuah motosikal di lorong kecemasan di tepi jambatan sebelum dipercayai terjun ke dalam laut.

“Operasi mencari dan menyelamat mangsa sedang dijalankan dan kita menggunakan kedah pencarian pada permukaan (air) di sekitar kawasan mangsa dipercayai terjun,” katanya.

Sementara itu Maritim Malaysia (APMM) turut menggerakkan Bot Kilat 26 dan Pasukan Polis Marin dengan Bot PSC 60 bagi membantu membuat pencarian mangsa.

Difahamkan setakat pukul 3.30 petang usaha mencari mangsa sedang dijalankan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI