fbpx

Sembilan tukang urut warga asing ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rumah urut di kawasan Dataran Sunway, Kota Damansara, di sini diserbu pihak berkuasa semalam kerana disyaki menggaji tukang urut warga asing.

PETALING JAYA – Taktik licik sebuah premis rumah urut yang berselindung disebalik premis rumah kedai terbongkar selepas diserbu pihak berkuasa semalam.

Serbuan oleh sepasukan anggota dan pegawai dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya yang bermula kira-kira pukul 4.30 petang itu berjaya menahan sembilan tukang urut warga asing yang terdiri daripada lima lelaki empat wanita.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd. Faisal berkata, pemeriksaan lanjut dalam premis tersebut turut menahan seorang wanita tempatan berusia 27 tahun yang dipercayai bekerja sebagai penjaga kaunter premis itu.

“Ketika serbuan dilakukan, kesemua tukang urut wanita warga asing berumur lingkungan 18 hingga 48 tahun itu sedang menunggu pelanggan di dalam beberapa buah bilik berasingan.

“Pihak polis telah membuat tangkapan terhadap suspek pertama kerana menggaji pekerja warganegara asing tanpa permit yang sah serta melanggar syarat Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP). Selain itu, polis turut merampas sekeping kertas catatan jadual kerja kesemua suspek,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Katanya, suspek pertama ditahan selama satu hari manakala kesemua warga asing itu ditahan reman selama 14 hari dan disiasat di bawah Seksyen 55B Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan 39(b) Peraturan-peraturan Imigresen 1963 dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959 (Pindaan 2002). – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI