fbpx

Rossi akui trauma nyawa hampir diragut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ROSSI mengakui masih trauma dengan insiden di GP Austria kelmarin. – TWITTER

SPIELBERG – Pelumba Yamaha Monster Energy, Valentino Rossi masih trauma selepas jentera anak didiknya, Franco Morbidelli yang ‘terbang’ dengan kelajuan 300 kilometer sejam (km/j) pada Grand Prix (GP) Austria kelmarin hampir meragut nyawanya.

Juara dunia tujuh kali MotoGP dari Itali itu terkejut selepas jentera pelumba Petronas Yamaha Sepang Racing Team (SRT) itu terpelanting hanya beberapa sen­­timeter di hadapannya.

Pada perlumbaan tersebut, Morbidelli telah melanggar bahagian belakang jentera pelumba ­Reale Avintia Racing, Johann Zar­co hingga menyebabkan ke­dua-dua pelumba tersebut terjatuh.

Bagaimanapun, jentera yang ditunggang kedua-dua mereka terpelanting sebelum bersepai di selekoh ketiga Litar Red Bull Ring di Spielberg.

“Jentera Morbidelli hampir membunuh saya kerana ketika itu ia melayang terlalu hampir di hadapan saya. Ia merupakan insiden paling bahaya dan menyebabkan saya trauma.

“Saya ternampak bayang dari atas kepala dan saya fikir ia me­rupakan bayang helikopter yang sedang berlegar-legar tetapi saya silap kerana terdapat dua jentera menghampiri dan motosikal Morbidelli terpelanting pa­ling hampir mengenai saya.

“Saya sangat takut dan terkejut. Meneruskan perlumbaan se­mu­la selepas insiden tersebut sangat sukar. Saya mengambil risiko terbesar dalam karier untuk perlumbaan kali ini,” kata Rossi.

Pada perlumbaan tersebut, Ros­si berjaya menamatkan ­saingan di kedudukan kelima sementara pelumba Ducati, Andrea Dovizioso berjaya meraih kemenangan podium pertama­nya musim ini bersama pasukan Itali tersebut.

Morbidelli dan Zarco yang terlibat dalam insiden berkenaan disahkan tidak mengalami sebarang kecederaan serius selepas mendapatkan rawatan susulan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI