fbpx

Red Bull Ring tidak sesuai anjur MotoGP

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LITAR Red Bull Ring di Spielberg dianggap berbahaya oleh sesetengah pelumba dan tidak sesuai untuk dianjurkan perlumbaan motosikal. – AFP

SPIELBERG – Bekas pelumba kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP), Xavier Simeon mempersoalkan pemilihan Red Bull Ring sebagai salah satu litar yang berada dalam kalendar perlumbaan MotoGP.

Simeon yang pernah beraksi bersama pasukan Avintia Ducati menganggap litar berkenaan sangat bahaya dan tidak sesuai untuk dianjurkan perlumbaan motosikal selepas melihat insiden ngeri yang melibatkan dua saingan pada perlumbaan MotoGP sehingga hampir meragut nyawa.

Pada perlumbaan MotoGP, insiden kemalangan yang melibatkan Johann Zarco dan Franco Morbidelli (Petronas Yamaha SRT) hampir menyebabkan kematian apabila jentera ­kedua-dua pelumba ber­kenaan terpelanting dan hampir me­rempuh Valentino Rossi.

Sebelum itu, insiden berbahaya turut berlaku ketika saingan kelas Moto2 apabila pelumba Italtrans Racing, Enea Bastianini pula terjatuh dan mengakibatkan jenteranya berada di tengah-tengah litar.

Pelumba Aspar, Hafizh Syahrin Abdullah yang tidak sempat mengelak, merempuh jentera Bastianini hingga terpelanting dan kedua-dua jentera mereka bersepai.

“Litar ini (Red Bull Ring) tidak sepatutnya berada dalam kelendar perlumbaan MotoGP. Jika litar Spa-Francorchamps sebelum ini tidak dapat kebenaran atas sebab faktor ke­selamatan, litar ini juga perlu dikeluarkan daripada senarai,” jelasnya.

Ketua Pegawai Eksekutif Dorna Sports, Carmelo Ezpeleta sebelum ini mengeluarkan kenyataan bahawa litar Spa Francorchamps sangat berbahaya dan tidak sesuai untuk menganjurkan perlumbaan GP Belgium.

Kali terakhir litar Spa Francorchamps menganjurkan perlumbaan MotoGP pada tahun 1990 yang ketika itu saingan kelas 500cc. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI