Oleh ALICIA JOHNY KUEH
MIRI – Pihak polis sedang memburu sekumpulan suspek yang menculik seorang lelaki di depan sebuah restoran di Jalan Bintang Jaya 2 hari ini.
Ketua Polis Daerah Asisten Komisioner Lim Meng Seah mengesahkan kejadian tersebut yang dirakamkan oleh seorang pengguna Facebook dan kini tular di media sosial sejak pukul 4 petang tadi.
“Penculikan yang didakwa itu dirakam tengah hari tadi menerusi satu video dan telah tular di media sosial.
“Mangsa ditemui sekitar pukul 7 malam ditinggalkan di sebuah bank di depan Hotel Mega sebelum dibawa ke balai polis untuk siasatan lanjut,” katanya ketika dihubungi pemberita.
Meh Seah berkata, motif kejadian belum diketahui pasti namun operasi mengesan suspek kini sedang giat dijalankan.
Kes akan disiasat dibawah Seksyen 363 Kanun Keseksaan. – K! ONLINE