fbpx

PGA rampas anak pokok durian seludup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian daripada 1,990 anak pokok durian yang dirampas dalam serbuan di pangkalan haram di Kampung Tok Deh, Rantau Panjang kelmarin.

Oleh YATIMIN ABDULLAH

RANTAU PANJANG – Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 8 berjaya menggagalkan cubaan sekumpulan lelaki untuk menyeludup masuk 1,990 anak pokok durian ke negara ini menerusi pangkalan haram di Kampung Tok Deh di sini kelmarin.

Pegawai Pemerintah PGA Batalion 8, Muhammad Shamsuddin berkata, pihaknya merampas anak pokok durian termasuk lori yang digunakan untuk mengangkut tumbuhan itu dianggarkan bernilai RM199,500 pada pukul 1 petang.

“Tangkapan dijalankan ketika anggota PGA sedang menjalankan rutin rondaan sebelum terserempak dengan sekumpulan lelaki sedang memunggah anak-anak pokok durian dari negara jiran.

“Apabila menyedari kehadiran anggota PGA, kumpulan lelaki berkenaan bertindak melarikan diri dan meninggalkan barangan seludup di lokasi kejadian,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Muhammad memberitahu, pemeriksaan lanjut terhadap lori itu membawa kepada penemuan 1,990 anak pokok durian.

Katanya, kesemua rampasan diserahkan kepada pihak Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) Kelantan.

“Dalam serbuan berasingan di Stesen Bas Rantau Panjang, kita telah menahan sebuah lori yang membawa pelbagai barangan runcit.

“Rampasan pukul 9 malam itu membabitkan barangan termasuk kenderaan berjumlah RM96,836,” ujarnya.

Muhammad berkata, kesemua ini hasil rondaan rutin yang dilakukan oleh anggotanya di sekitar kawasan penugasan Op Benteng bagi mengelakkan penularan wabak Covid-19. – K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI