fbpx

Perenang wanita pecah rekod lelaki

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
REAKSI McCardel ketika berada di atas bot sokongannya di luar pantai Calais, timur laut Perancis kelmarin. – AFP

LONDON – Seorang perenang maraton warga Australia menjadi wanita kedua memecahkan rekod lelaki untuk jumlah bilangan menyeberangi Selat Inggeris.

Chloe McCardel dari Sydney menamatkan renangan kali ke-35 merentasi laluan perkapalan paling sibuk di dunia itu selepas memulakan cabaran di pantai utara Perancis awal pagi kelmarin.

“Saya sungguh gembira kerana menamatkan renangan kali ke-35 merentasi selat ini.

“Saya gembira dapat mengatasi rekod dunia yang dilakukan oleh perenang lelaki,” kata McCardel.

Perenang berumur 35 tahun itu berkata, Pengawal Pantai Britain mengesahkan bahawa dia tidak perlu menjalani proses kuarantin ketika pulang ke England lewat hari yang sama.

Britain menguatkuasakan peraturan kuarantin 14 hari kepada semua pelawat dari Perancis dan sebilangan lagi negara bermula Sabtu lalu susulan peningkatan mendadak kes koronavirus di Benua Eropah.

McCardel menamatkan renangan terbaharunya merentasi Selat Inggeris sejauh 33.7 kilometer dalam masa 10 jam dan 40 minit.

Ia adalah renangan keempat menyeberangi laluan air itu sejak 16 hari lalu. Antara pencapaian masa lalu McCardel termasuk berenang paling lama di laut tanpa sebarang bantuan pada tahun 2014.

Sementara itu, Kevin Murphy yang merupakan warga Britain memegang rekod dunia lelaki selepas berenang sebanyak 34 kali merentasi Selat Inggeris.

Bagaimanapun, rekod keseluruhan 43 kali merentasi selat itu kekal milik Alison Streeter yang digelar ‘Ratu Selat Inggeris’.– AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI