fbpx

Pengantin jadikan bendera Indonesia sebagai mas kahwin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MUHAMMAD Arif (kiri) dan Tsaniyah bergambar pada majlis akad nikah mereka baru-baru ini. – SUARA.COM

JAKARTA – Sepasang mempelai menjadi bualan ramai apabila pengantin lelaki memberikan mas kahwin berupa sehelai bendera Indonesia pada majlis pernikahan mereka di Bandar Depok, Jawa Barat, lapor laman berita Suara.com.

Pengantin lelaki, Muhammad Arif Al Fajar berkata, pemberian mas kahwin tersebut tidak dirancang dan ia dilihat sebagai simbol cintanya kepada negara Indonesia serta isteri.

“Tidak terlintas langsung di fikiran ini untuk memberikan bendera Indonesia sebagai mas kahwin.

“Namun, beberapa jam sebelum majlis pernikahan berlangsung, saya melihat orang menjual bendera tersebut dengan banyaknya. Jadi, saya terus membelinya untuk dijadikan mas kahwin,” katanya ketika ditemui semalam.

Muhammad Arif menambah, bendera dikenali sebagai Sang Saka Merah Putih itu diberikan sebagai mas kahwin kepada isterinya di samping barang kemas seberat 7.5 gram dan sepasang persalinan pakaian solat.

“Saya dan isteri berharap dengan pemberian bendera sebagai mas kahwin akan dapat mengingatkan kita tentang keadaan sekarang yang sukar dan ia juga merupakan simbol perjuangan di tengah-tengah pandemik Covid-19,” ujarnya.

Sementara itu, pengantin perempuan, Tsaniyah Faidah mengakui terkejut dengan pemberian bendera tesebut sebagai sebahagian mas kahwinnya.

“Saya tetap gembira tetapi pada masa yang sama terkejut apabila mengetahui mas kahwin saya merupakan bendera negara Indonesia,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI