fbpx

Nagelsmann bakal berdepan mentor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NAGELSMANN

LISBON – Jurulatih RB Leipzig, Julian Nagelsmann bakal bersemuka dengan mentornya, Tho­mas Tuchel menjelang aksi separuh akhir Liga Juara-Juara menentang Paris Saint-Germain (PSG) di Stadium Da Luz awal pagi esok.

Nagelsmann menjadi jurulatih paling muda membawa pasukannya melayakkan diri ke separuh akhir Liga Juara-Juara pada usia 33 tahun, sekali gus dianggap sebagai salah seorang pengendali berkaliber.

Beliau menerima bimbingan Tuchel dalam bidang pengurusan ketika menyarung jersi Augsburg, namun Nagelsmann terpaksa mengumumkan persaraan ketika berusia 20 tahun akibat kecede­raan lutut.

“Memang benar saya pernah bermain di bawah bimbingannya tetapi ia sudah lama berlalu. Fokus saya sekarang adalah untuk jalankan tugas yang diberikan.

“Perlawanan menentangnya (Tuchel) sentiasa menjanjikan aksi menarik kerana beliau memiliki idea serta taktikal yang hebat dalam bola sepak,” kata Nagelsmann.

Bekas pengendali Hoffenheim itu juga berazam untuk mencipta kemenangan ke atas PSG awal pagi esok, seterusnya melangkah ke pentas final Liga Juara-Juara.

“Setiap kali bertemu, sukar untuk saya menang ke atas pa­sukan bimbingannya, namun ia bakal berubah nanti. Kami perlu berada pada prestasi terbaik jika mahu mara ke final dan ini peluang terbaik,” ujarnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI