fbpx

Moral skuad Helang Merah makin positif

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AIDIL SHARIN

PENGENDALI Kedah, Aidil Sharin Sahak menyifatkan aksi persahabatan menentang Pulau Pinang di Stadium Darul Aman esok sebagai pentas terbaik untuk memantapkan keserasian antara pemain menjelang Liga Malaysia (Liga M) bersambung pada 26 Ogos ini.

Jurulatih dari Singapura itu berharap, para pemain dapat melupakan masalah yang melanda pasukan itu dan terus berjuang sebagai satu pasukan.

“Apa jua keputusan pada perlawanan persahabatan nanti tidak menjadi ukuran, sebaliknya saya harap mereka dapat meningkatkan kesefahaman sebelum aksi Liga M bersambung semula,” kata­nya ketika dihubungi semalam.

Sebelum ini, isu tunggakan gaji yang berlarutan selama lima bulan telah menghantui para pemain dan barisan kejurulatihan pasukan itu.

Bagaimanapun, isu itu dianggap hampir selesai setelah Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) membayar tunggakan sebulan gaji 11 Ogos lalu.

Aidil Sharin menambah, ada beberapa pemain yang belum diturunkan dalam beberapa perlawanan persahabatan sebelum ini dan mereka akan diberikan pe­luang untuk beraksi bagi mendapatkan momentum.

“Keadaan pasukan amat positif dengan para pemain dilihat sentiasa memberikan komitmen 100 peratus termasuk dalam sesi latihan.

“Matlamat utama kita tertumpu pada perlawanan pertama selepas liga bersambung. Sasaran kita adalah mendapatkan tiga mata kerana perlawanan pertama penting untuk menjadi pemangkin semangat,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI