fbpx

Maut ditimpa ‘winch’ kren

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan kereta mangsa yang maut selepas ditimpa takal 'winch' sebuah kren di Kilometer 91 Jalan Kuantan-Kuala Lumpur di sini, semalam.

ABDUL RASHID ABDUL RAHMAN

MARAN – Perjalanan seorang lelaki bersama ibunya berakhir dengan kematian apabila mangsa maut selepas ditimpa takal ‘winch’ sebuah kren di Kilometer 91 Jalan Kuantan-Kuala Lumpur di sini, malam semalam.

Difahamkan semasa kejadian, mangsa, Mohd Faizal Ismail,38, yang tinggal di Temerloh dalam perjalanan ke Jengka 6 bagi menghantar ibunya Fatimah Hussain,72, yang datang bertandang ke rumahnya.

Kejadian tragis itu menyaksikan bumbung dan cermin hadapan kereta jenis Perodua Axia itu pecah dan bonet hadapan kemek akibat dihempap besi takal berkenaan.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik negeri, Superintendan Kamarulzaman Jusoh berkata, kejadian kira-kira pukul 9.45 malam itu berlaku ketika mangsa dalam perjalanan dari arah Temerloh ke Maran.

“Apabila sampai di tempat kejadian tiba-tiba besi ‘winch’ sebuah kren telah jatuh dan menghempap atas kereta mangsa.

“Akibat kejadian mangsa meninggal dunia di tempat kejadian manakala ibu mangsa dipercayai mengalami kecederaan di bahagian kepala,”katanya di sini hari ini.

Menurutnya, mayat mangsa dihantar ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshas) Temerloh untuk bedah siasat.

Tambahnya ibu mangsa yang dihantar ke hospital yang sama malam semalam akan dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) bagi menjalani prosedur pembedahan.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 304 (A) Kanun Keseksaan dan siasatan masih diteruskan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI