fbpx

Kundal produk popular Korea mula dijual di Guardian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tiffany (kanan) bersama Pengurus Kanan Hal Ehwal Korporat dan Acara Kesihatan serta Kecantikan Guardian Sdn Bhd, Jennifer Wong menunjukkan antara produk penjagaan kecantikaan rambut dan kulit jenama Kundal pada majlis kerjasama ekslusif Guardian bersama Kundal di Robinsons Four Season Place semalam. Foto oleh FARIZ RUSADIO

 

KUALA LUMPUR – Jenama penjagaan rambut nombor satu di Korea, Kundal kini boleh didapati secara eksklusif di semua premis Guardian di seluruh negara.

Kundal yang terkenal dengan rumusan selamat dan semula jadi itu menawarkan rangkaian produk penjagaan diri berkualiti tinggi meliputi penjagaan rambut dan kulit.

Ia terdiri daripada syampu, perawatan rambut, serum rambut, mandian badan serta cecair pembasmi kuman.

Menurut Ketua Penjagaan Diri, Guardian Malaysia, Tiffany Choo, Guardian sangat berbangga dan teruja dengan kerjasama eksklusif bersama jenama penjagaan peribadi paling terkemuka di Korea Selatan itu.

“Guardian menjadi satu-satunya premis yang menjual produk ini di Malaysia dan juga boleh dibeli secara online. Sebanyak 20 produk Kundal ditawarkan pada masa ini.

“Kundal menawarkan pengalaman mewah penjagaan diri pada harga berpatutan iaitu bermula RM12.90 sehingga RM28.90,” katanya kepada pemberita pada majlis pengenalan produk Kundal di sini semalam.

Pengenalan yang berlangsung di sebuah salon itu turut memberi peluang kepada pengamal media untuk mencuba rawatan penjagaan rambut menggunakan produk tersebut.

Tiffany menjelaskan, kerjasama itu sejajar dengan komitmen Guardian untuk menawarkan produk terbaik kepada para pelanggan.

Produk Kundal menggunakan 35 ekstrak bahan semula jadi dan formulasi khas. Kundal meraih pelbagai anugerah seperti hadiah utama untuk jenama paling dipercayai pengguna di Korea pada tahun 2019 (kategori syampu semula jadi) dan hadiah utama dalam Anugerah Korea First Brand 2020.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI