fbpx

Kerajaan kaji wajibkan MySejahtera

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar Hiasan.

KUALA LUMPUR – Kerajaan sedang mengkaji untuk mewajibkan penggunaan aplikasi MySejahtera dan menyingkirkan pendaftaran manual data peribadi terutama yang digunakan premis-premis perniagaan ketika ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas khas), Datuk Seri Mohd. Redzuan Md Yusof berkata, pihaknya sedang berbincang dengan Jabatan Peguam Negara dan Majlis Keselamatan Negara mengenai kaedah sesuai untuk melaksanakan langkah itu.

Katanya, aplikasi MySejahtera sebahagian daripada budaya baharu yang diperkenalkan kerajaan untuk memastikan rakyat mematuhi semua prosedur operasi standard bagi membendung penularan Covid-19.

“Kita mahu menggalakkan supaya premis ini menggunakan aplikasi MySejahtera untuk membenarkan sesiapa sahaja masuk ke premis mereka, tidak perlu lagi mengisi borang tetapi menggunakan aplikasi ini,” katanya pada Waktu Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab pertanyaan Lee Boon Chye (PH-Gopeng) berhubung kekangan dihadapi kerajaan dalam melaksanakan MySejahtera, khususnya dalam mengesan kontak rapat kerana masih terdapat kes baharu dikesan sehingga generasi ke-3 seperti kluster Sivagangga dan Tawar di Kedah.

Mohd. Redzuan berkata, pengguna aplikasi MySejahtera mencecah 15.1 juta orang setakat Ahad lalu, dengan 322 daripadanya didapati positif Covid-19. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI