fbpx

KASA komited realisasikan Wakaf Air

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) menjangkakan pelaksanaan projek bekalan air luar bandar atau Tabung Wakaf Air Nasional (Wakaf Air) bakal beroperasi selewat-lewatnya penghujung tahun ini.

Menterinya, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, ketika ini pihaknya sedang menunggu model penubuhan berkenaan dimuktamadkan kelak.

Menurutnya, penubuhan Wakaf Air bertujuan mewujudkan akses kepada rakyat luar bandar kepada sumber pembiayaan bekalan air yang mudah, cepat dan mapan sekali gus menyelesaikan kebergantungannya secara holistik.

“Buat masa ini KASA sedang dalam proses untuk memuktamadkan model tadbir urus Wakaf Air dengan mengadakan kerjasama dengan Yayasan Wakaf Malaysia.

“Melalui kaedah ini, langkah-langkah mitigasi kewangan yang sesuai dan cepat dapat diambil bagi mengatasi isu kekangan peruntukan bagi membiayai penyelenggaraan serta penyediaan infrastruktur air luar bandar,” katanya pada Waktu Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab pertanyaan Che Alias Hamid (PAS-Kemaman) yang meminta dinyatakan secara terperinci rangka pelan dan rancangan kajian rintis pembangunan Wakaf Air di negara ini.

Tuan Ibrahim berkata satu Pasukan Petugas Penubuhan Tabung Wakaf Air Nasional ditubuh bagi meneliti konsep dan mencadangkan struktur tadbir urus yang efektif, berkesan dan selaras dengan peraturan serta undang-undang yang berkuat kuasa. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI