fbpx

Jual Nik Akif pada harga RM4.6 juta – Hashim

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NIK Akif (kanan) sebelum ini dilaporkan sedia dijual sekiranya terdapat pasukan menebus klausa kontraknya yang bernilai RM1 juta.

Oleh YATIMIN ABDULLAH

PERSATUAN Bola Sepak Kelantan (KAFA) perlu menjual pe­rancang tengah sensasi, Nik Akif Syahiran Nik Mat pada harga RM4.6 juta jika badan induk itu bersungguh-sungguh untuk me­langsaikan segala hutang lapuk yang membelenggu The Red Warriors (TRW).

Legenda bola sepak Kelantan, Mohd. Hashim Mustapa berkata, nilai RM1 juta yang diletakkan oleh KAFA sebelum ini dilihat tidak mampu membantu badan induk itu untuk menyelesaikan masalah hutang tersebut.

“Apa yang dilakukan oleh KAFA untuk menjual Nik Akif Syahiran tidak akan selesaikan semua masalah hutang kerana masih berbaki RM3.6 juta.

“Setakat ini, KAFA memaklumkan bahawa nilai Nik Akif Syahiran RM1 juta, namun belum tentu ada pihak mahu membeli. Jika tiada yang berminat, bermakna KAFA hanya syok sendiri dalam perkara ini,” katanya ketika dihubungi semalam.

KAFA sebelum ini dilaporkan bersedia menjual Nik Akif Syahiran pada harga RM1 juta bagi melangsaikan hutang lapuk yang membelenggu pasukan itu.

Mohd. Hashim berkata, sepanjang musim Covid-19, ke­semua pasukan mengambil langkah berjimat cermat bagi mengelakkan mereka berdepan beban hutang.

Difahamkan, KAFA masih berhutang gaji selama empat bulan dengan barisan pemain pasukan itu selepas penaja utama After Image Sdn. Bhd. membuat keputusan untuk berundur.

Bagaimanapun, Setiausaha Agung KAFA, Husin Deraman beberapa hari lalu menyatakan badan induk itu akan memperuntukkan RM370,000 bagi melunaskan tunggakan gaji barisan pemain dan pengurusan TRW bagi tempoh sebulan.

Pembayaran tunggakan gaji itu akan dilakukan selewat-lewatnya pada 22 Ogos ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI