fbpx

Gempa bumi kuat, cetek gegar tengah Filipina

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MANILA  –  Gempa bumi cetek bermagnitud 6.7 pada skala Richter menggegarkan tengah Filipina hari ini, kata Jabatan Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS), namun tiada amaran tsunami dikeluarkan atau  laporan kemusnahan setakat ini.

Gempa itu berlaku 68 kilometer ke tenggara Pulau Masbate, rantau Bicol,  pada pukul 8.03 pagi (waktu tempatan).

“Terdapat kemungkinan kecil kerosakan dan kemalangan jiwa berlaku.

“Gempa  bumi yang berlaku di kawasan ini baru-baru ini hanya mengakibatkan bencana susulan seperti tanah runtuh dan mendapan yang mungkin membawa kepada kemusnahan,” kata USGS dalam satu kenyataan.’

Sementara itu di bandar  Iloilo, barat kepulauan Visayas pada jarak  sekitar 400 kilometer ke tenggara Masbate, penduduk tempatan berlari keluar dari kediaman masing-masing.

“Gegaran  kuat dan membuatkan kami pening,” kata kolonel polis, Eric Dampal.

“Hampir semua penghuni bangunan bergegas keluar dan sehingga kini, mereka masih berada di luar,”  tambahnya.

Penduduk di timur Visayas, juga pada jarak ratusan  kilometer dari Masbate, memberitahu bahawa gempa tersebut kuat tetapi amat singkat. – AFP 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI