fbpx

Ernie, Syamel dah ada lagu kahwin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ERNIE dan Syamel.

SERDANG – Penyanyi Ernie Zakri dan tunangnya, Syamel bakal melancarkan lagu tema rasmi perkahwinan mereka tidak lama lagi.

Ernie atau nama sebenarnya Nur Ernie Shahirah Zakri, 28, berkata, dia dan Syamel memang sudah ada perancangan untuk mengeluarkan sebuah lagu duet berkisarkan percintaan mereka sejak beberapa tahun lalu.

Katanya, lagu tersebut juga dijangka menjadi lagu rasmi perkahwinan yang dijangka berlangsung pada tahun depan.

“Memang ada perancangan daripada Syamel mengenai perkara ini dan lagunya dicipta khas oleh kami berdua cuma belum ada kesempatan untuk merakamkannya lagi.

“Sebelum ini kami selalu sangat berduet lagu sedih, jadi kali ini kami tampilkan sesuatu yang berbeza dan kena dengan ikatan yang bakal dimeterai tidak lama lagi,” katanya kepada media selepas sidang akhbar program realiti Immortal Song di sini hari ini.

Berkongsi lanjut mengenai perancangan perkahwinannya, pelantun lagu Boneka itu berkata, dia dan Syamel juga merancang untuk mengadakan dua majlis resepsi perkahwinan mereka.

“Mengikut perancangan, saya akan adakan satu majlis untuk kedua-dua belah keluarga dan sebuah lagu majlis khas untuk rakan-rakan artis dan media.

“Apa pun, semua perancangan bergantung kepada situasi semasa kes Covid-19. Setiap majlis perlu patuhi prosedur operasi standard (SOP), tidak mahulah nanti muncul ‘kluster’ Ernie Syamel pula nanti,” kata Ernie.

Terdahulu, Ernie dan Syamel atau nama sebenarnya Syameel Aqmal Mohd Fodzly, 27, mengikat tali pertunangan dalam sebuah majlis tertutup di kediaman Ernie pada Sabtu lalu. K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI