fbpx

Bolehlah kita ‘move on’, Dr. Maszlee pun layan 7 Hari Mencintaiku

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MASZLEE berkongsi satu ciapan dalam Twitter tentang penangan episod terakhir 7 Hari Mencintaiku 2 malam tadi.

KUALA LUMPUR – Bekas Menteri Pendidikan yang juga Ahli Parlimen Simpang Renggam, Dr. Maszlee Malik berkongsi satu ciapan tentang drama rantaian popular, 7 Hari Mencintaiku 2.

Menerusi Twitter, Maszlee, 45, membuktikan beliau juga merupakan peminat tegar drama yang dibintangi Siti Saleha dan Shukri Yahaya itu.

“Setelah 33 episod yang mendebarkan buat kita semua. Alhamdulillah semuanya telah berakhir. Bolehlah kita ‘move on’ dan teruskan hidup masing-masing,” tulisnya dalam satu ciapan yang menjadi tular malam tadi.

PERSIS Buntat (kanan), watak yang diperkenalkan sebagai Arif dimunculkan dalam episod akhir & Hari Mencintai 7 malam tadi.

 

Turut mencuri perhatian dalam ciapan tersebut adalah sekeping foto yang menyaksikan buku-buku tersusun rapi di rak buku milik ahli politik tersebut.

Dalam pada itu, nama ‘Buntat’ menjadi sohor kini (trending) apabila pemain karakter itu membuat kemunculan istimewa pada episod akhir drama arahan pengarah Jamal Khan berkenaan.

Namun, buntat tidak ‘hidup’ semula. Watak itu diperkenalkan sebagai Arif.

Buntat lakonan lakonan Adik Muhammad Ariff Abdullah menjadi fenomena semasa drama 7 Hari Mencintaiku musim pertama ditayangkan.

 

“Saya bukan Buntat. Nama saya Arif,” tutur seorang remaja yang iras seperti Buntat.

Buntat sebelum ini mencuri perhatian dalam 7 Hari Mencintaiku yang pertama apabila apabila watak itu meninggal dunia. Watak tersebut dijayakan dengan cemerlang pelakon cilik, Adik Muhammad Ariff Abdullah yang kini berusia 16 tahun. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI