fbpx

Bapa durjana dipenjara 36 tahun, 30 sebatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tertuduh dihukum penjara 36 tahun dan 30 sebatan atas kesalahan merogol anak perempuannya berusia 10 tahun di Mahkamah Sesyen Besut hari ini.

BESUT – Seorang peniaga dihukum penjara 36 tahun dan 30 sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini setelah didapati bersalah atas tiga pertuduhan merogol anak perempuannya berusia 10 tahun pada tiga tahun lalu.

Hakim Wan Azimah Yaakob memerintahkan hukuman demikian terhadap tertuduh yang berusia 51 tahun selepas pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah ke atas bukti-bukti dikemukakan pihak pendakwaan.

Berdasarkan ketiga-tiga pertuduhan, lelaki itu didakwa merogol mangsa yang juga anak keduanya di sebuah rumah di Chalok, Setiu antara Januari 2017 hingga April 2018.

Dia didakwa mengikut Seksyen 376 (3) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 30 tahun dan sebatan maksimum 10 kali jika sabit kesalahan.

Mengikut fakta kes, rahsia tertuduh merogol mangsa hanya terbongkar selepas nenek mangsa terbaca dua surat luahan kanak-kanak perempuan itu yang menceritakan perbuatan berkenaan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI