fbpx

The Citizens layak kalah – Guardiola

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GUARDIOLA terpaksa menerima hakikat skuad bimbingannya tidak cukup hebat apabila tersingkir daripada saingan Liga Juara-Juara. – AFP

LISBON – Pengurus Manchester City, Pep Guardiola mengakui mereka melakukan kesilapan ketika tewas 1-3 kepada Olympique Lyon pada aksi suku akhir Liga Juara-Juara di Stadium Jose Alvalade awal pagi semalam.

Menerusi kekalahan itu, The Citizens terus gagal untuk melayakkan diri ke separuh akhir Liga Juara-Juara sejak berada di bawah bimbingan Guardiola pada Februari 2016.

Bagaimanapun, bekas pengen­dali Barcelona itu menegaskan, mereka akan kembali bangkit dan sedia menghapuskan badi tersebut untuk melangkah lebih jauh musim depan.

“Kami akan cuba atasi masalah ini pada masa akan datang. Secara jujur, kami bermain lebih baik pada separuh masa kedua tetapi ia masih belum mencukupi bagi kejohanan se­perti ini.

“Saya tidak mahu ulas sebarang keputusan kontroversi kerana ia dilihat sebagai memberi alasan. Kami perlu terima bahawa City sudah tersingkir daripada saingan,” kata Guardiola.

Tambah beliau, Lyon menampilkan aksi lebih baik berbanding City dalam 20 minit pertama permainan sekali gus berhak memenangi perlawanan tersebut.

“Ketika perlawanan memasu­ki minit ke-20, Lyon bermain seperti biasa, sangat agresif dan kuat. Selain itu, kami juga ada melepaskan beberapa peluang keemasan pada separuh masa kedua,” jelasnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI