fbpx

Suspek pecah kenderaan dicekup polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Azizan Tukiman

Oleh ISKANDAR SHAH MOHAMED

KUALA LANGAT – Kelicikan seorang lelaki yang aktif melakukan jenayah pecah kenderaan sejak dua tahun lalu tumpas apabila dicekup polis di hadapan sebuah restoran di Tanjong Sepat di sini, Jumaat lalu.

Penahanan suspek berusia 28 tahun itu dilakukan pukul 4.30 petang dalam Ops Cantas.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Azizan Tukiman berkata, penangkapan suspek susulan laporan polis dilakukan seorang mangsa berusia 31 tahun pada 19 Julai lalu selepas kenderaan pacuan empat roda jenis Toyota Land Cruiser miliknya telah dipecahkan suspek.

Katanya, susulan kejadian tersebut mangsa kerugiaan kira-kira RM12,000.

“Siasatan mendapati suspek mengaku terlibat dalam tiga kes pecah kenderaan di sekitar daerah ini.

“Modus operandi suspek adalah menyasarkan kenderaan yang diletakkan agak jauh daripada lokasi tumpuan umum,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Kata beliau, suspek turut bertindak memasuki kawasan kediaman pada tengah malam sebelum memecahkan cermin kereta dan melarikan barangan berharga seperti wang dan radio.

Jelas Azizan, semakan rekod mendapati suspek mempunyai tujuh rekod jenayah lampau dan direman selama empat hari bermula Sabtu lalu bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI