fbpx

Polis nafi samun dengan cara bakar rumah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Status Facebook yang tular berkaitan samun dengan cara membakar rumah.

KLANG – Polis menafikan sebarang kejadian samun menggunakan taktik membakar rumah di Kampung Perepat di sini yang ditularkan di laman sosial Facebook.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Nurulhuda Mohd. Salleh berkata, hasil siasatan mendapati kejadian tersebut tidak berlaku seperti ditularkan selepas pihak polis memanggil pemilik akaun Facebook bernama Pak Lah tersebut.

“Siasatan juga mendapati semasa kejadian tiada saksi yang melihat kelibat suspek di tempat kejadian.

“Pemilik akaun tersebut hanya membuat andaian dan mengesyaki kemungkinan kejadian samun akan berlaku,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau menegaskan tiada sebarang laporan polis serta modus operandi yang sama dilaporkan sebelum ini.

Sehubungan itu, Nurulhuda menasihati orang ramai untuk tidak menyalahgunakan media sosial sewenang-wenangnya memaparkan laporan polis yang dibuat dengan kenyataan yang boleh mengelirukan seterusnya menimbulkan kegusaran kepada masyarakat.

“Sebarang kejadian yang mencurigakan boleh dirujuk terus ke Balai Polis yang berhampiran,” katanya. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI