KUALA LUMPUR – Prestasi Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) yang menguncup 17.1 peratus pada suku kedua tahun ini disifatkan sebagai di luar jangkaan dan diramalkan banyak mempengaruhi agenda pemulihan ekonomi negara, termasuk Belanjawan 2021 yang bakal dibentangkan pada November.
Pensyarah Kanan Putra Business School, Prof. Madya Dr. Ahmed Razman Abdul Latiff berkata, jangkaan penurunan pendapatan kerajaan dengan prestasi KDNK bagi tahun 2020 diunjurkan negatif, selain paras harga minyak global yang rendah menjadikan penyediaan belanjawan kali ini amat mencabar.
Menurut beliau, fokus seharusnya diberikan kepada dua bahagian utama iaitu memastikan pendapatan kerajaan meningkat dan menjimatkan perbelanjaan.
“Untuk memperkenalkan semula cukai barangan dan perkhidmatan (GST) mungkin sukar dalam suasana politik sekarang, tambahan pula pencukaian ini berdasarkan kepada perbelanjaan awam dan orang ramai mungkin kurang berbelanja dalam keadaan sekarang.
“Jadi kerajaan perlu melihat kepada pendapatan pencukaian baharu, misalnya pengenalan cukai digital dengan ekonomi digital kini dianggarkan menyumbang sekitar 20 peratus daripada KDNK negara.
“Selain itu, kerajaan boleh mengambil kesempatan daripada kenaikan harga komoditi tertentu, misalnya kelapa sawit,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.
Menurut Razman, usaha penjimatan pula adalah proses berterusan, misalnya melibatkan agenda menghapuskan rasuah dan ketirisan dengan Laporan Ketua Audit Negara Julai lalu masih menunjukkan banyak pembaziran berlaku.
“Tempoh sekarang adalah amat penting bagi menentukan pemulihan dan hala tuju ekonomi negara dengan pembentangan Rancangan Malaysia Ke-12 dijadualkan pada Januari tahun depan,” katanya.
Sementara itu, Ketua Ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd., Dr. Mohd. Afzanizam Abdul Rashid berkata, dalam suasana kini, peranan kerajaan dijangka lebih dominan bagi menyokong pertumbuhan ekonomi secara keseluruhan.
Jelasnya, defisit fiskal perlu dinaikkan bagi meningkatkan perbelanjaan kerajaan dan pelan menaikkan siling hutang daripada 55 peratus kepada 60 peratus berbanding KDNK bakal memberi fleksibiliti untuk menerbitkan hutang di pasaran bon bagi tujuan pembiayaan perbelanjaan.
“Perlu ada strategi jangka sederhana dan panjang untuk memperbaiki kedudukan kewangan kerajaan setelah negara mencapai pemulihan ekonomi sepenuhnya yang mungkin dapat dicapai sekitar tahun 2022.
“Selain itu, perlu ada komunikasi yang jelas kepada rakyat, peniaga dan pelabur tentang rancangan untuk mengukuhkan kewangan kerajaan supaya tidak timbul salah faham.
“Usaha untuk memperkukuhkan kedudukan kewangan sememangnya kurang, namun ia perlu dilakukan apabila ekonomi sudah pulih nanti,” katanya.
Home » Penyediaan Belanjawan 2021 lebih mencabar
Penyediaan Belanjawan 2021 lebih mencabar
- Oleh MUHAMMAD IKHWAN IDERIS
- 17 Ogos 2020, 9:29 pm
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TERKINI
BERITA BERKAITAN
Felcra, Felda dan Kesedar hutang lebih RM23.4 juta premium tanah di Kelantan
21 November 2024, 12:37 pm
Johor umum belanjawan surplus RM5.12 juta
21 November 2024, 11:49 am
Rekod jualan SimeDarby Property tertinggi dalam sejarah syarikat
21 November 2024, 8:02 am
Perlu semak imbang MyCC, elak buat keputusan sendiri – Jalaluddin
20 November 2024, 6:18 pm
Gred D: Kerajaan ambil maklum, terbuka terima pandangan
20 November 2024, 4:38 pm
Padu fasa kedua: Garis masa diumum setelah dapat kelulusan Kabinet
20 November 2024, 4:25 pm
Anwar terima kunjungan Setiausaha Agung Parti Komunis Vietnam esok
20 November 2024, 4:23 pm
“Saya banyak baca strategi perang” – Rafizi
20 November 2024, 4:04 pm