fbpx

Pengedar dadah, pemandu mabuk ditahan polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara individu yang diperiksa sepanjang operasi bersepadu Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Selatan

KLANG – Seorang pengedar dadah antara enam individu yang ditahan dalam operasi bersepadu sekitar daerah ini kelmarin.

Kesemua suspek lelaki berusia 28 hingga 47 tahun itu ditangkap dalam operasi selama lima jam bermula 11 malam.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, pihak merampas tujuh peket dadah jenis heroin seberat 111.9 gram dan sepeket syabu dengan berat 12.9 gram daripada lelaki tersebut di Pandamaran.

Katanya, nilai rampasan dianggarkan RM6,570 selain suspek turut mempunyai dua kes lampau berkaitan pengedaran dadah.

“Menerusi operasi tersebut juga menahan dua individu yang memandu kereta dan menunggang motosikal dalam keadaan mabuk masing-masing di Jalan Batu Unjur di sini.

“Kedua-dua mereka mengakui meminum arak di rumah kawan dan restoran dalam kuantiti berlebihan sebelum pulang ke rumah,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Kata Shamsul Amar, dalam operasi melibatkan 41 anggota dan pegawai diketuai beliau sendiri juga menangkap seorang pemandu lori yang menunggang motosikal secara membahaya di Persiaran Raja Muda Musa.

Ujar beliau, dua warga Indonesia juga ditahan selepas semakan mendapati terlibat dalam kes pecah rumah.

“Berdasarkan operasi selama lima jam bermula pukul 11 malam itu memeriksa 170 kenderaan dan 205 individu selain mengeluarkan 32 keping saman atas pelbagai kesalahan lalu lintas.

“Kita turut merampas sebuah motosikal jenis Yamaha 125z dengan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952, Seksyen 45A(1) dan Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 serta Seksyen 457 Kanun Keseksaan,” jelasnya. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI