fbpx

Pelita Lusoh jual produk jaga kulit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PELITA LUSOH

JIKA kebanyakan selebriti masa kini lebih cenderung menjadi duta atau jurucakap, namun bagi memantapkan lagi kehidupan dan kerjaya, tiga sahabat yang bersanding atasa nama Pelita Lusoh memilih untuk menjadi rakan kongsi mengeluarkan produk khusus penjagaan kulit.

Melangkah setapak lagi dalam perkembangan kerjaya muzik, Pelita Lusoh yang dianggotai Alan, Aweera dan Hanif kini muncul menjadi rakan kongsi bagi produk Ali Zahraa ‘Madeena’.

“Hampir setahun bersama bekerja keras maka terlahirlah produk muslim unggul Ali Zahraa Madeena.

“Ini merupakan sesuatu yang baru bagi kami,” ujar Hanif Khan Mohammed Khan selaku Pengarah Urusan Asia Empire Records dan Pelita Lusoh Production, merangkap pemain dram Pelita Lusoh usai pelancaran produk tersebut baru-baru ini.

Antara rakan selebriti yang hadir pada memberi sokongan termasuklah, Kuza, Sheila Mambo, Aina Abdul, Izreen Azminda, Datin Seri Noniswara, Badrul Muhayat dan Nasir Search.

MAJLIS pelancaran produk Ali Zahra ‘Madeena’ bersama kumpulan Pelita Lusoh turut disusuli dengan introduksi single baharu mereka berjudul Kembara Nabawi.

 

Mewakili Pelita Lusoh sendiri, Hanif berkata, usaha tersebut sesuatu yang sangat baharu bagi mereka apabila berani memasuki dunia penjagaan kulit.

Tambah Hanif juga idea asal kerjasama untuk produk penjagaan kulit tersebut telah dicetuskan oleh vokalis Pelita Lusoh, Aweera sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan mula dilaksanakan pada Mac lalu gara-gara mempunyai masalah kulit wajah.

Berhasrat untuk memiliki kulit muka yang bersih, Aweera kemudian mendapatkan khidmat nasihat Doktor Hanafiah sari sebuah klinik pakar.

Dari situlah lahirnya produk khusus penjagaan kulit meliputi rangkaian produk seperti Milk Glow Soap Collagen, Bergamot Natural Soap, Serum dan Serum Terapi Kulit.

Diperbuat daripada bahan semula jadi mengandungi vitamin C dan E khususnya bagi penjagaan muka, produk-produk buatan Ali Zahraa ‘Madeena’ dijamin tanpa bahan kimia yang boleh merosakkan kulit.

Sebelum ini, Pelita Lusoh Productions dan rakan niaga mereka, Asia Empire Records telah beroperasi selama dua tahun menguruskan studio rakaman, pengurusan artis dan produksi muzik video.

Selain mengembangkan perniagaan, mereka juga sedang dalam perancangan untuk menghasilkan sebuah filem dan drama bersiri.

Seiring pelancaran Ali Zahraa Medeena, sebuah lagu gubahan sepenuhnya Pelita Lusoh berjudul Kembara Nabawi turut dilancarkan.

Ditulis oleh FJ Muzik, lagu yang bercerita tentang perjuangan dan kehidupan Rasullullah SAW tersebut menjalani rakaman dan adunan muzik di studio Asia Empire Records. Proses rakaman turut dibantu Daus daripada Drama dan Rudy Nastia.

Klip muzik lagu Kembara Nabawi juga telah dilancarkan 29 Julai 2020 menerusi saluran YouTube rasmi Asia Empire Records.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI