fbpx

Nelayan warga Vietnam maut terkena tembakan APMM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
APMM

Oleh ROHANA MOHD. NAWI

KOTA BHARU – Seorang nelayan lelaki warganegara Vietnam maut selepas dipercayai terkena tembakan yang dilepaskan oleh anggota Agensi Penguatkuasa Maritim (APMM) Kelantan dalam satu kejadian malam tadi.

Kejadian yang berlaku kira-kira 81 batu nautika dari perairan Tok Bali pada pukul 11.40 malam itu menyebabkan mangsa berusia 30 tahun meninggal dunia.

Ketua Polis Kelantan, Deputi Komisioner Shafien Mamat berkata, susulan kejadian itu, mangsa dipercayai mengalami cedera parah di bahagian dada.

Katanya, kejadian berlaku ketika bot APMM menjalankan Operasi Kuda Laut di perairan Tok Bali sebelum terserempak dengan bot Vietnam di kawasan berkenaan.

“Ketika bot APMM cuba menahan bot tersebut, berlaku kejadian provokasi dan pada masa sama salah anggota telah melepaskan tembakan.

“Mayat nelayan warga asing itu telah dibawa ke darat dan sedang menunggu untuk dibedah siasat di Hospital Tengku Anis, Pasir Puteh hari ini,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan di sini hari ini.

Menurut Shafien, susulan daripada kejaidan itu, APMM menahan 12 orang lagi awak-awak warganegara Vietnam yang bersama mangsa untuk membantu siasatan.

Katanya, polis sedang menyiasat kes tersebut mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh dan Seksyen 39(a) Akta Senjata Api 1960 kerana melepaskan tembakan.

Tambahnya, pihak polis sedang menunggu laporan lengkap dari APMM dan siasatan lanjut. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI