fbpx

Nelayan Vietnam agresif, APMM terpaksa lepas tembakan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pengarah Maritim Kelantan, Kapten Maritim Muhd. Nur Syam Asmawie Yaacob menunjukkan bot nelayan asing warga Vietnam yang cuba meletupkan bot milik APPM dalam kejadian 81 batu nautika dari muara Tok Bali, Pasir Puteh semalam

Oleh YATIMIN ABDULLAH

PASIR PUTEH – Maritim Malaysia (APMM) Kelantan terpaksa melepaskan tembakan amaran sehingga menyebabkan seorang nelayan warganegara Vietnam maut selepas dua buah bot dinaiki 19 mereka bertindak agresif.

Pengarah APMM Kelantan, Kapten Maritim Muhd. Nur Syam Asmawie Yaacob berkata, tindakan melepaskan tembakan itu merupakan langkah mempertahankan keselamatan anggota APMM dan aset kerajaan.

Dalam kejadian pada pukul 11.30 malam itu, nelayan warganegaraVietnam itu bertindak melemparkan bom diesel, petrol selain cuba merempuh Bot Penyelamat 7 milik APMM di 81 batu nautika dari muara Tok Bali di sini kelmarin ketika cuba mengelak daripada diperiksa kerana menceroboh perairan negara.

“Pemeriksaan terhadap bot pertama mendapati seramai 16 awak-awak termasuk tekong berada diatas bot berkenaan manakala bot kedua mempunyai tiga awak-awak termasuk tekong.

“Pemeriksaan lanjut mendapati kedua-dua bot tidak memiliki permit menangkap ikan mengikut Akta Perikanan 1985,” ujarnya.

Beliau berkata, ia merupakan kejadian pertama yang perlu dihadapi anggota APMM Kelantan berdepan serangan tersebut.

Tambahnya, keseluruhan rampasan termasuk bot, hasil tangkapan dan diesel dianggar bernilai RM2 juta.

Sementara itu, Ketua Polis Kelantan, Deputi Komiosioner Shafien Mamat dalam satu kenyataan mengesahkan kejadian tersebut.

Menurut Shafien, polis kontinjen Kelantan masih belum menerima laporan secara rasmi daripada APMM mengenai kejadian tersebut.

Katanya, bagaimanapun, kes tersebut akan disiasat sepenuhnya oleh pihak APMM. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI