fbpx

Mizz Nina disangka hamil

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MIZZ NINA

KUALA LUMPUR – Penyanyi Mizz Nina disangka berbadan dua oleh peminat selepas memuat naik sekeping gambar di laman sosial yang menampakkan bentuk ‘baby bump’ pada bahagian perutnya.

Bagaimanapun penyanyi berusia 40 tahun itu menjelaskan bahawa dirinya belum hamil seperti yang disangka.

Dia juga berterima kasih atas doa yang dihulurkan peminat.

“Saya masih belum hamil tetapi amin atas doa-doa anda. Mungkin sekarang saya perlu turunkan berat badan,” selorohnya bagi menjawab segala pertanyaan peminat pada ruangan komen Instagram.

Menerusi hantaran yang dimuat naik isteri kepada penyanyi Noh Salleh itu, dia yang mengenakan persalinan baju kurung menarik perhatian peminat yang rata-rata teruja selain menghulurkan ucapan tahniah.

“Nampak ‘baby bump’. Comelnya. Tahniah Mizz Nina dan Noh,” tulis seorang peminat.

“Belum lagi, Insya-Allah,” jawabnya menjelaskan keadaan.

Mizz Nina dan Noh yang mendirikan rumah tangga pada 1 Julai 2011 masih belum dikurniakan cahaya mata setakat ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI