KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan mengurniakan Darjah Kebesaran Panglima Setia Mahkota (PSM) membawa gelaran Tan Sri kepada Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah pada Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan 2020 di Istana Melawati hari ini.
Turut berangkat ke istiadat itu ialah Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.
Di laman sosial, Twitter ramai mengucapkan tahniah atas penganugerahan gelaran Tan Sri kepada Noor Hisham hari ini. – K! ONLINE