fbpx

Kini boleh check-in serentak guna MySejahtera

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Noor Hisham

PUTRAJAYA – Aplikasi MySejahtera kini membolehkan fungsi check-in dilakukan secara serentak oleh pengguna dan tanggungan bertujuan mempercepatkan proses daftar masuk apabila memasuki sesebuah premis.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, fungsi itu dibangunkan selaras dengan tujuan kerajaan mewajibkan semua individu yang memasuki mana-mana premis untuk merekodkan kehadiran masing-masing.

Beliau berkata, fungsi tersebut boleh digunakan oleh semua pengguna aplikasi MySejahtera untuk mendaftar masuk di semua premis yang berdaftar dengan aplikasi MySejahtera.

“Fungsi ini boleh digunakan selepas pengguna mengemas kini aplikasi kepada versi ke-24.

“Tiada had yang ditetapkan bagi bilangan nama yang boleh dimasukkan sebagai tanggungan seseorang individu, jadi anda boleh pilih nama-nama tanggungan untuk dimasukkan dalam aplikasi ini,” katanya dalam satu kenyataan akhbar di sini hari ini.

Berikut adalah langkah-langkah sebelum mula menggunakan fungsi tersebut:

1. Pilih ‘Lain-lain’ di menu utama aplikasi MySejahtera;

2. Seterusnya pilih aktiviti ‘Tambah Tanggungan’

3. Tekan ‘Tambah Tanggungan’ di bahagian bawah sebelah kanan bagi memasukkan butiran ahli keluarga. Pastikan semua maklumat yang dimasukkan adalah betul.

4. Setelah memasukkan butiran ahli keluarga, tekan ‘Simpan’.

5. Atau pilih ‘Tambah Satu Lagi’ sekiranya ingin memasukkan maklumat ahli keluarga seterusnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI