fbpx

HKL nafi dakwaan mesej tular dikeluarkan pegawai perubatannya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Hospital Kuala Lumpur (HKL) menafikan dakwaan seorang pegawai perubatannya mengeluarkan kenyataan menyentuh polisi dan isu gerak kerja Kementerian Kesihatan (KKM) dalam menangani pandemik Covid-19.

Pengarah HKL, Datuk Dr. Heric Corray berkata, pegawai terbabit sudah dikenal pasti oleh pihak hospital dan meminta penjelasannya berhubung isu yang tular sejak Mac lalu.

“Hasil siasatan mendapati, nama dan jawatan pegawai tersebut digunakan tanpa pengetahuannya.

“Dia juga memberitahu, segala info dan isu-isu yang terkandung di dalam mesej tersebut adalah palsu dan tidak dikeluarkan olehnya,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Dr. Heric memberitahu, pegawai tersebut sudah membuat laporan polis berhubung isu yang tular tersebut.

Dalam pada itu, beliau menyeru orang ramai agar tidak menyebarkan berita yang tidak sahih.

“Semua lapisan masyarakat perlu peka agar tidak menyebarkan sebarang informasi palsu yang boleh menimbulkan keresahan dan kebimbangan.

“Sebarang informasi berkenaan Covid-19, sila rujuk kepada sumber rasmi KKM di www.moh.gov.my,” ujarnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI