fbpx

Dokumen TLDM didakwa bocor di ‘Dark Web’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TLDM

KUALA LUMPUR- Media Singapura, The Straits Times (ST) mendakwa sebanyak 70 dokumen daripada Tentera Laut Diraja Malaysia dibocorkan di laman ‘Dark Web’ bulan lalu.

Menurut media itu, maklumat yang dimuat naik diperoleh daripada beberapa sumber yang menggodam emel anggota tentera.

Dokumen yang dimuatnaik itu mendedahkan maklumat jumlah anggota tentera di kem dan pengkalan tentera semasa hari cuti, syarat untuk ujian TUDM selain maklumat pegawai yang didakwa atas kesalahan rasuah, mengambil dadah dan hilang tanpa mengambil cuti.

Maklumat lain termasuk surat diplomatik pada Julai lalu mengenai peralatan radar kapal perang Amerika Syarikat yang frekuensi yang digunakan semasa kapal tersebut berlabuh di sebuah pengkalan di Sabah tahun lalu.

Dark Web merujuk kepada laman web yang tidak mudah diakses oleh pengguna umum internet dan sering digunakan untuk tujuan yang melanggar undang-undang. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI