fbpx

CTOS IDGuard berjaya selamatkan kes penipuan RM21.1 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – CTOS IDGuard, biro pencegahan penipuan pertama di Asia Tenggara, berjaya menyaring 450,000 permohonan pinjaman yang dihantar oleh pelanggan kepada tujuh buah bank dalam tempoh lima bulan.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan CTOS, Dennis Martin melalui projek perintis CTOD IDGuard itu, pihaknya berjaya mengenal pasti sebanyak 24,396 permohonan berpotensi yang mencurigakan daripada permohonan berkenaan.

“Bank-bank berkenaan telah mengesahkan sekurang-kurangnya 691 permohonan adalah palsu dan kes penipuan ini telah berjaya membolehkan pihak bank menyelamatkan RM21.1 juta,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini semalam.

CTOS IDGuard adalah platform kolaboratif antara CTOS Data Systems Sdn. Bhd. dengan pakar teknologi global dalam pengurusan penipuan, penentusahan identiti dan perisikan data lokasi, GBG.

Sistem berkenaan yang menjadi projek perintis buat dua syarikat berkenaan akan mengeluarkan peringatan automatik dalam masa nyata mengenai permohonan pinjaman yang mencurigakan.

Tambah Martin, projek perintis berkenaan membabitkan permohonan peribadi, kad kredit, pembiayaan kereta, gadai janji dan pinjaman perusahaan kecil dan sederhana (PKS).

“Sama ada mengeluarkan peringatan kepada bank tentang penipuan atau mendedahkan permohonan duplikasi yang memberi butiran pendapatan palsu telah menjadi satu ancaman terhadap reputasi, kebolehpercayaan dan kewangan bagi perbankan tempatan, terutama  dalam keadaan ekonomi sukar kini.

“Kos penipuan memberi kesan kepada kos kredit secara langsung, sehubungan itu, usaha mengurangkan penipuan akan menguntungkan semua pihak bukan pada bank semata-mata,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI