fbpx

City sedia pujuk Messi ke Etihad

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MESSI dikatakan sudah tawar hati untuk kekal di Camp Nou selepas kekalahan memalukan kepada Bayern selain hubungannya dengan pihak pengurusan yang semakin keruh. – AFP

MANCHESTER – Manchester City percaya mereka berada pada kedudukan yang baik untuk membawa bintang Barcelona, Lio­nel Messi ke Etihad jika pemain itu mahu beralih angin.

The Citizen dikatakan mampu dan sanggup untuk membayar yuran perpindahan serta gaji pemain tersebut sekiranya dia mahu untuk kembali bersama bekas jurulatihnya, Pep Guardiola.

Selepas tewas memalukan kepada Bayern Munich pada saingan suku akhir Liga Juara-Juara kelmarin, ramai yang berpendapat Messi akan membuat satu keputusan yang besar dalam kariernya dan City percaya mereka mampu mengambil peluang berkenaan.

Messi dilihat sangat kecewa dengan kekalahan tersebut selain dia juga dikatakan tidak sependapat dengan Presiden Barcelona, Josep Maria Bartomeu dan beberapa individu di Camp Nou sejak beberapa tahun lalu mengenai arah tuju kelab berkenaan.

Kluasa pelepasan Messi yang bernilai £635 juta (RM3.48 bilion) menyebabkan tidak ada pasukan yang berani untuk membuat sebarang tawaran kecuali mendapatkannya secara percuma selepas kontraknya tamat.

Bagaimanapun, Barcelona dilaporkan berdepan masalah aliran tunai kewangan ketika ini menyebabkan mereka mungkin terpaksa mempertimbangkan tawaran lebih rendah dan bersedia melepaskan aset paling berhar­ganya itu.

Bartomeu akan mengadakan mesyuarat khas hari ini untuk membincangkan mengenai masa depan pengurus, Quique Setien selain kedudukan pengarah sukan mereka, Eric Abidal juga dalam keadaan tidak menentu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI