fbpx

[VIDEO] ‘Belanja’ pelanggan lagu P. Ramlee

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KIM Soi di depan kedai guntingnya yang lebih dikenali sebagai kedai gunting rambut P. Ramlee ketika ditemui di Jalan Dato Undang, Rembau.

Oleh NOR AINNA HAMZAH

REMBAU – Seorang tukang gun­ting rambut berbangsa Cina di Jalan Dato Undang di sini, tidak ada pertalian saudara dengan P. Ramlee, namun mempunyai keistimewaan tersendiri apabila suaranya mirip seniman agung itu.

Lantaran itu, premisnya yang bernama Kedai Gunting Rambut Ah Kim diberi jolokan sebagai kedai gunting rambut P. Ramlee dalam kalangan penduduk setempat.

Ng Kim Soi, 76, atau lebih dikenali sebagai P. Ramlee berkata, ramai pelanggan termasuk dari Perlis sanggup datang ke Rembau pada tahun lalu semata-mata mahu mendengarnya menyanyikan lagu P. Ramlee.

Antara lagu yang sering didendangkan kepada pelanggan yang berbilang kaum ialah Jangan Tinggal Daku dan Getaran Jiwa.

“Orang kata P. Ramlee ‘hidup’ kembali. Saya pun memang sudah biasa digelar P. Ramlee. Memang seronok sangat dapat mendendangkan lagu seniman agung ini semasa mengunting rambut pelanggan.

“Bagaimanapun, sekarang saya tidak dapat mendendangkannya lagi dengan kerap kerana perlu mengikut SOP (prosedur operasi standard) pencegahan Covid-19,” katanya ketika ditemui di pekan Rembau di sini baru-baru ini.

Kim Soi berkata, sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada Mac lalu, dia sudah lama tidak dapat mendendangkan lagu-lagu P. Ramlee buat pelanggannya.

“Kedai saya pun hanya dibuka dari pukul 9 pagi hingga 11 pagi, malah terhad untuk warga emas bagi mematuhi SOP ditetapkan. Sekarang ini seorang anak saya turut membantu saya di kedai,” ujarnya.

Katanya, dia rindu untuk ‘belanja’ pelanggannya lagu-lagu P. Ramlee dari pagi hingga ke petang seperti dilakukannya sebelum ini, namun keadaan semasa tidak mengizinkannya.

“Sudah berapa bulan saya tidak menyanyi, suara saya pun berubah sikit,” katanya yang mampu mengingati 20 buah lagu P. Ramlee.

Menurutnya, dia gemar men­de­­ngar lagu P. Ramlee kerana membesar dalam persekitaran masyarakat berbilang bangsa ter­­­utamanya orang Melayu.

“Saya mula jadi tukang gunting rambut di pekan ini ketika ber­umur 17 tahun. Pada tahun 50-an, saya mula minat dengar lagu-lagu P. Ramlee daripada piring hitam dan menghafalnya.

“Pelanggan yang datang pula minat nak dengar saya menyanyi semasa gunting rambut mereka tanpa mengira bangsa, semua­nya menyuruh saya menyanyi lagu P. Ramlee,” ujarnya.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI