fbpx

4 anggota polis didakwa rompak guru sekolah swasta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR –  Empat anggota polis berpangkat Koperal dan Lans Koperal didakwa di Mahkamah Sesyen di sini sebentar tadi atas pertuduhan melakukan rompak berkumpulan dengan menyebabkan kecederaan terhadap seorang guru lelaki, tahun lalu.

Bagaimanapun kesemua tertuduh iaitu Syazuwan Nik Mamat ,31, Muhammad Bazil Rosly ,31, Mohd. Masruz Rahmat Masuhut ,28, dan Mcallister Nicholl Helbron ,28, masing-masing mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan  dibacakan di hadapan Hakim Mahyon Talib.

Mengikut pertuduhan mereka didakwa bersama-sama melakukan rompak berkumpulan dengan menyebabkan kecederaan terhadap seorang guru sekolah swasta, A.S James Anthony ,47, dan merompak wang tunai milik mangsa berjumlah RM8,550 di tempat letak kereta di Pangsapuri Berembang Indah, Wangsa Maju di sini pukul 4 pagi pada 4 Mei 2019.

Berikutan itu kesemua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah Seksyen 34 kanun sama.

Hukuman itu memperuntukkan penjara maksimum 20 tahun dan hendaklah dikenakan denda atau sebatan, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Nurliyana Mohd. Jafri tidak menawarkan jaminan kerana kesalahan itu tidak boleh dijamin.

Bagaimanapun, peguam Akmal Jusof yang mewakili semua tertuduh memohon jaminan dibenarkan dengan alasan mereka masih berkhidmat sebagai anggota polis dan menanggung keluarga.

Selepas mendengar permohonan kedua-dua belah pihak, Mahyon membenarkan kesemua tertuduh masing-masing diikat jamin RM15,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan dilarang menganggu mangsa dan saksi pendakwaan.

Selain itu syarat lain yang ditetapkan ialah  kesemua tertuduh perlu melaporkan diri di balai polis berdekatan setiap 1 haribulan setiap bulan sehingga kes selesai.

Mahkamah kemudian menetapkan 10 September depan untuk sebutan kes.- K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI