fbpx

286 individu ditahan ingkar PKPP

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ismail Sabri

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan 286 individu atas kesalahan ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) di seluruh negara semalam.

Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, daripada jumlah itu, seramai 44 individu telah direman manakala 242 individu pula dikompaun.

Menurut beliau, tindakan tersebut diambil selepas individu berkenaan melakukan kesalahan termasuk gagal menyediakan peralatan/catitan keluar masuk sebanyak 34 kes, tidak memakai pelitup muka 35 kes dan premis beroperasi lebih masa empat kes.

“Turut dikenakan tindakan melibatkan kehadiran orang ramai yang menyukarkan penjarakan sosial iaitu sebanyak 213 kes,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mengulas mengenai operasi pematuhan semalam, Ismail Sabri berkata, pihaknya juga telah membuat pemantauan di 4,057 pasar raya, restoran (5,917) serta penjaja 1,355.

“Selain itu, turut diperiksa 1,602 kilang, 363 buah bank dan 955 buah pejabat kerajaan.

“Pemeriksaan turut dijalankan di 1,448 buah terminal pengangkutan darat, 322 terminal pengangkutan air serta 122 terminal pengangkutan udara,”jelasnya.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI